Friday 9 January 2015

Butter Cake Mudah Dan Cepat

recepie by Miss Asha

Bahan-bahan 

  1. 3 biji telur gred A (Kalau gred b or lain-lain guna la 4 biji telur)
  2. 3/4 cawan gula halus
  3. 1 cawan susu
  4. 125 gram butter/separuh butter yang 250g 
  5. 1 sudu kecil baking powder
  6. 1 1/2 cawan tepung gandum yang diayak
Cara-cara 

  1. pukul telur hingga kembang bersama gula (guna Mixer je senang..hahaha)
  2. sementara itu cairkan butter dan biarkan sejuk ke suhu bilik seketika (jangan masuk freezer sudah la)
  3. selepas telur kembang masukkan susu dan butter yang dah sejuk tadi...pukul hingga sebati..
  4. masukkan baking powder dan pukul hinggan sebati..selepas itu masukkan tepung gaulkan sampai sebati and tak der ketul-ketul..
  5. sapukan loyang dengan sedikit magerin/butter.. (jangan banyak-banyak nanti kek kita kena goreng plak...) 
  6. masukkan kedalam oven...setkan pada suhu 170 dan masak selama 45 minit (lebih elok panaskan oven terlebih dahulu..)

Thanks tuan punya resepi...sebab benarkan saya kongsikan resepi kek yang sangat lembut n gebu ni,saya dah try sangat sedap 1 loyang habis dalam sekelip mata..family semua suka!resepi dia pon simple...

Thursday 8 January 2015

Wastern Food..Resepi Chicken Chop

bahan-bahan untuk ayam

  1. 4-5 ketul isi ayam (Kalau kecil 6-7 ketul pun boleh..pastikan tiada tulang takut ada yang tercekik nanti..hahahaha)
  2. 3 sudu makan tepung jagung
  3. 6 sudu makan tepung 
  4.  7 sudu makan tepung goreng seberguna (saya guna jenama Nona rasa dia sedap mcm ala-ala KFC..jenama lain pun boleh)
  5. sedikit sebuk cili/serbuk lada hitam (kalau nak pedas la tapi kalau beli tepung goreng seberguna yang spice tidak perlu takur...sat gi terbakor lidoh...hahahaha)
  6. Sebiji telur

Cara-Cara

  1. pukul telur sehingga sebati (tidak perlu sampai kembang) 
  2. ketukkan isi ayam dengan parang/pisau supaya lebih nipis
  3. manakala di bekas yang lain campur kesemua tepung2 yang ada.. (saya tambahkan tepung jagung dan gandum supaya lebih rangup..crispy gituu..jika tak nak x payah pon x peee) 
  4. celupkan isi ayam dalam telur...kemudian celup kedalam campuran tepung tadi.. (pastikan seluruh bahagian kena tepung) 
  5. goreng sehingga keperangan...senang citer sampai masak la...hahahaha...(pastikan minyak anda betul-betul panas)
Bahan-bahan untuk sos blackpaper 
  1. 1 biji bawang holand (bawang yang besar gila tu...hahahahaha yang warna putih hijau2 tu)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 sudu makan butter/magerin
  4. 2 cawan air
  5. 4 sudu makan blackpaper
  6. 2 sudu makan sos blackpaper
  7. 1/2 kiub pati ayam
  8. secubit garam (jangan banyak-banyak sebab pati ayam tu dah masin) 
  9. 1 sudu tepung jagung (tepung jagung digunakan supaya sos kita pekat)

cara-cara 
  1. potong halus bawang-bawang tadi...
  2. panaskan kuali/periuk dan masukkan butter/magerin..
  3. tumiskan kesemua bawang anda sehingga keperanggan
  4. masukkan tepung jangung gaul sehingga warna bertukar coklat-coklat (jangan sampai hangit sudah la..huhuhuhu)
  5. masukkan air dan kacau sebati..
  6. masukkan kiub pati ayam,garam,blackpaper dan sos blackpaper...
  7. kacau sehingga menggelegak...n siappp! ready for eatttt!nyam nyam!!aip aip belum lagi letakkan sos kita keatas ayam kita tu..n ready for eat!(don't worry kalau sos kita tu cair sebab bila dh sejuk sos tu akan jadi pekat so jangan risau ok)