Thursday 11 December 2014

Donut Mudah,Cepat,Sedap dan Gebu

Bahan-bahan

3 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 peket yis
3/4 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
1/2 cawan garam
3 sudu mentega CAIR
1 biji telur

Cara-Cara

1.Mula-mula masukkan gula,susu pekat kedalam air suam. Bancuh sampai gula hancur.masukkan yis. Tunggu sampai yis hidop. Nak tahu dia hidup adalah dia akan berbuih-buih macam buih teh tarik gituu. Lagi lama biar makin banyak buih dan senang donut tu. Gebu gitu..nyam nyam!

2.Dalam bekas lain, pukul telur (tak payah sampai kembang. Pukul bagi kuning n putih sebati je). Masukkan mentega cair. kemudian kacau sehingga sebati.

3.Bila yis dah berbuih masukkkan campuran telur tadi kedalam yis. kacau supaya adunan itu mesra gituu..hahahaha (Pastikan Yis betul-betul Berbuih..baru masukkan)

4.Ayak tepung dan massukkan garam.kemudian masukkan campuran yis kedalamnya.Uli adunan sehingga menjadi doh.
Kemungkinan doh ini agak lembik jika lembik tambahkan tepung sedikit di tapak tanggan.. Selepas uli biarkan 45 minit. Doh akan mengembang.

5.Setelah biarkan doh mengembang bentukkan doh mengikut kehendak masing-masing.
Setelah siap di bentuk biarkan 5-10 minit doh tersebut.

6.Goreng dengan api yang sederhana. Jangan panas sangat takut nanti luar rentung dalam tidak masak. Masa menggoreng dohnya akan mengembang lagi. Gebu giloss nyahhh

Resepi ini juga boleh buat roti sambal. dengan membentuk doh bulat. Bila dh goreng belah tengah taruk sambal...Wahh sedapnyaa...

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment