Wednesday 3 December 2014

cookies mudah

Bahan-bahan :-

  • 250gm butter  - Saya guna brand Buttercup2 cawan 
  • gula perang - Sila kurang-kurangkan sikit yang ni, jangan penuh sangat lah kan
  • 2 cawan gula biasa - Sila kurang-kurangkan sikit jugak. Takut kencing manis, cecehh
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu-teh essen vanilla - Nilah penyebab bau yang semerbak tu. Arrrrr sukaaa
  • 4 cawan tepung gandum - Jangan mampatkan sangat tepung ni waktu dalam cawan
  • 1 sudu-teh garam
  • 2 sudu-teh baking powder/serbuk penaik
  • 8 oz. chocolate chip @ 2 cawan chocolate chip - Saya guna brand Hershey semi-sweet1 1/2 cawan almond/ hazelnut or you can replace it with oatmeal or any nuts you like

Cara-cara :-
1. Cairkan butter sikit dan masukkan gula perang dan gula yang putih suci iteww. Gaul sampai dia betul-betul mesra antara satu sama lain
2. Masukkan telur satu-persatu untuk effect yang lebih ayu. Kemudian gaul pun dengan keayuan.
3. Masukkan essen vanilla, tepung, garam dan serbuk penaik. Jangan gaul. Tapi kacau hingga rata. Kacau dan gaul adalah sama sebenarnya.
4. *Part ni paling best* Masukkan chocolate chip dan kacang/oatmeal tadi. Gaul dan kacau. Suka tengok adunan time ni. Kalau tak puasa, dah lama dah ratah mentah-mentah. I've told you kan, this is my favourite part. Hahahaha
5. Guna sudu dan bentukkan bulat-bulat ke atas loyang yang dah ditenyeh butter. Bakar dalam oven pada suhu 160-200 C untuk 15 minit.
6. Siapppppp!

No comments:

Post a Comment