Wednesday, 28 October 2015

Cerpen : Ukhwah Fillah Till Jannah


Qila!Minggu depan kita pergi tengok wayang nak tak?” soal Syasya kepada kawan baiknya, Aqila.

“Bila nak pergi?,nanti aku tanya mak aku dulu.” Jawab Qila sambil menyelak -nyelak helaian buku Bahasa Melayu Tingkatan 3.

“nanti aku tetapkan tarikh dan hari  ajak la Ilham sekali.” Ternyata Syasya tidak lupa akan kawan baiknya seorang lagi.

“Ringggg!” kedengaran bunyi lonceng yang menandakan tamatlah sesi persekolahan untuk hari ini.Kelihatan di kelas 3 Budi, Syasya dan Aqila masih tekun membuat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu Mimi sebentar tadi.Mereka berdua adalah pelajar terbaik SMK Taman Pandan 2.Mereka rajin dan sangat peramah, walaupun mereka rapat bagai isi dan kuku tetapi apabila tiba minggu peperiksaan mereka akan bersaing untuk mendapat markah yang tinggi.

“Woi!cepatlah!Penat aku tunggu korang ni.”Jerit Ilham dari pintu hadapan kelas 3 Budi.

“Yelah,dah siap ni sikit aje lagi” jawab Syasya sambil mengemas mejanya.

Sedang sibuk berjalan,Tiba-tiba Aqila membuka bicara.

“Wei,macam manalah kita besar nantikan. Mesti semua sibuk dengan hal masing-masing, pastu nanti dah tidak berjumpa .”Kata-kata Aqila membuatkan Ilham dan Syasya terdiam seketika.

“ ishh!Kau ni Qila. Janganlah fikir macam itu.Insya Allah Kita bertiga always bersama.” Ilham menyakinkan sahabat-sahabatnya.

“Nanti aku nak Aqila jadi pengapit aku. Kau pula Ilham,Kau layak jadi tukang cuci pinggan aje.Hahahaha.” kata-kata Syasya membuatkan mereka bertiga gelak tidak terhenti.

*********************************

 “Baaa!woi,sya.kau berangan apa hah?” Syasya terkejut dengan sergahan rakan sebiliknya, Nina. Nina adalah rakan serumahnya dan menuntut di Universiti yang sama di England.

“Ish,Kau ni terkejut aku!Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak mati aku dekat sini.Hm,Aku teringat zaman sekolah menengah dulu. Rindunya!” Syasya agak geram akan perangai Nina yang suka menyebuk tapi Nina seorang sajalah kawan baiknya di sini.

 “Ala, Relaxlah lepas exam kita nak balik Malaysia dah. Nanti kita pergi melawat Sekolah kau. Okay?” Nina tahu akan perangai rakan serumahnya yang agak manja dan senang dipujuk.

“iyalah,aku lupa pula.Okay!cun” Syasya kelihatan gembira dengan apa yang dikatakan 
oleh Nina tadi.

*********************************

Syasya tekun menghirup latte di cafe kegemarannya yang terletak di sekitar rumah sewanya.Selepas beberapa minit Syasya bangun dari kerusi untuk pergi ke Universitinya. 

“Booomm!” semua buku Syasya jatuh ke lantai disebabkan perlanggaran yang tidak disengajakan itu.

“Haihh!siapa pulak minah ni.Buta ke apa?” Hati Syasya bersuara kemarahan sambil menunduk dan mengutip buku-bukunya yang  jatuh tadi.

“Sorry,Miss!i’m so rushing.Are you ok?” Jawab gadis yang melanggar dia tadi.

“Ouhh..i’m ok.” Syasya bangun dan memandang wajah gadis itu dengan senyuman walaupun dia agak marah.

“Eh!Natasya Melisya?” soal gadis itu.

“OMG!Aqila Sofia!Wei rindu kau beb!Ya allah,Lama tak  jumpa kau. Wajah syasya berubah serta-merta.Dia sangat gembira bertemu rakan baik lamanya.

“Ya allah,Aku pun rindu kau.Makin cantik kawan baik aku sorang ni. Kau study sini ke? Kau dah ada boyfriend ke?entah-entah dah kahwin.” Sempat lagi Aqila menyakat rakan baiknya itu.

“iyap.Aku memang always cantik. Kau apa tahu. A’ah Aku study sini.Ehh!kau ni.I’m single,okay.wei aku ada class ni. Nombor phone,please!” kata Syasya sambil mengeluarkan phone berjenama Apple-nya.

*********************************

Hanya tinggal beberapa hari sahaja Syasya hendak pulang ke Malaysia.

“Wei Nina!Kau dah booking tiket ke belum?”Tanya Syasya dengan terujanya.

“Kau relax aje.Aku dah settlekan semuanya.” Aqila cuba menenangk
an rakannya yang teruja. 

“Ring!Ring!Ring!” sedang asyik mereka sebuk berbual tiba-tiba telefon Syasya berbunyi.

“Hello?” Syasya mengangkat telefonnya dengan segera.

“Sya,Ni aku Aqila.Can we meet?”kedengaran Aqila seperti hendak memberitahu sesuatu yang agak penting padanya.

“Em?Of course.Nak jumpa di mana?” Syasya agak pelik dengan sikap kawan baiknya itu. 

“Kita jumpa dekat tempat biasa” tempat biasa yang dimaksudkan Aqila ialah Cafe Lala,Tempat mereka bertemu setelah 6 tahun.

“Hai,Lama Tunggu?” Tegur Syasya sambil menarik kerusi didepan Aqila.

“Hai, aku pun baru sampai la..Em sya aku nak tanya kau ni.Ingat tak Ilham kawan baik kita dulu?”soal Aqila dengan muka yang serba salah.

“Ouh!Ingat!Dia sihat ke?Aku rindu nak gosip-gosip dengan dia.Ingat lagi dia dulu poyo gila.Semua perempuan minat dia.Hahahaha” Ketawa Syasya kerana teringat kisah zaman persekolahan.

“Dia sihat.Dia em dia dia dah jadi suami aku em.Sejak kau sambung belajar kat sini banyak benda berubah.Mak dia nak pinang kau tapi kau dah pergi ke England.Seminggu dia tidak keluar bilik sebab dia tak dapat luahkan isi hati dia dekat kau.Tetiba lepas sebulan mak dia masuk minang aku.Alhamdulillah sekarang dia bahagia dengan aku tapi em.” Aqila tiba-tiba berhenti bercerita dan wajahnya mula berubah.

“Ouh..Betul ke?Ya allah kenapa aku tak tahu.Serious ni,Qila?Tapi apa?” Syasya agak terkejut dengan cerita Aqila.

“betul.Tu lah kau pergi tak bagitahu lagi. Kalau tak kau dah jadi isteri dia dah.” Muka Aqila mula berubah. “Sebenarnya aku nak jumpa kau sebab aku nak pinang kau .Aku nak kita jadi madu.Aku ada penyakit barah otak tahap 4,Aku tak mampu nak bagi Ilham cahaya mata.Doktor kata aku tak akan hidup lama.Sya,Please.Ini permintaan akhir aku.” Aqila memegang tangan Syasya sambil berharap dia akan menerima pinangannya.

“Wei,apa kau cakap ni?!aku tak nak rampas suami orang.Dia jodoh kau wei!kau tak sayang dia ke?”Air mata Syasya .
“Sebab aku sayang dialah, aku nak kita bermadu.We need you in our life” terang Aqila dengan penuh harapan. 

“I need  time to think about that” Jawab Syasya dengan berat hati.

*********************************

Sedang sibuk Prof. David menerang di hadapan,Syasya pula sibuk fikir tentang cadangan Aqila itu.

“Melisya!What are you doing?” Prof. David perasan yang Syasya langsung tidak memberi tumpuan.Syasya tidak dengar akan pertanyaan Prof  itu,dia masih berangan.

“Natasya Melisya!” Jeritan Prof yang menggegarkan kelas membuatkan Syasya terkejut.

“Hah!Eh! sorry Prof.I’m so sorry”Syasya mula menggelabah setelah kembali kedunia nyata.

“This is last warning if you do again.you in big trouble” Prof. David kelihatan sangat marah.

*********************************

Setelah habis kelas,Syasya dan Nina keluar makan di sebuah cafe berdekatan Universitinya.

“Wei,Kau asal dowh tadi sampai kena marah dengan Prof?Kau buat apa?” soal Nina sambil menghirup Latte.

“tak de apa la.Aku Cuma berangan je dalam class tadi.” Syasya masih memikir pasal cadangan Aqila itu.

“Kau ni asal?Cubalah story sikit.” Nina berasa pelik dengan rakan baiknya yang asyik termenung sejak dua-tiga hari ini.

“Sebenarnya, Aqila kawan baik aku tu.Dia suh aku kahwin dengan suami dia.Suami dia best friend aku dan dia dulu.” Terang Syasya.

“Wei?Dia suruh kau khawin dengan suami dia?OMG!” Nina kelihatan terkejut.

*********************************

“Sya!” kedengaran satu jeritan yang kuat dari jauh.

“Eh, Ham?Kenapa?” Syasya sudah kenal akan suara yang garau itu. Siapa lagi kalau bukan rakan baiknya yang segak dan tampan itu.

“Em.Wei,Kenapa Aqila sejak dua menjak ni macam tak berapa layan aku aje.” Ilham curiga akan perangai Aqila yang seperti tidak nampak akan dirinya. “Entah la.Tapi dia ada bagitahu aku, yang kau jarang tegur dia bila bersemuka” Jawab Syasya.
Syasya masih sibuk mengelamun tentang kenangan persahabatan mereka.

*********************************

“Woi,Sya” Nina cuba sedarkan rakannya untuk kembali kepada realiti. “ish!kau ni terkejut aku!” marah Syasya kepada Nina.

“Kau kenapa ni?Asyik termenung je aku tengok.” Tanya Nina dengan kehairanan.

“Aku teringat zaman sekolah je hm.” Keluh Syasya.Mereka terdiam seketika,Tiba-tiba telefon Nina berbunyi lalu dia meninggalkan Syasya di ruang tamu.
Aqila sedang sibuk membuat kerjanya di pejabat. “Hai,Sayang.Jom pergi makan.abang lapar la” Ilham cuba mengajak isterinya yang comel itu keluar makan.

“Hai,Abang!Ala!Sayang ada banyak kerja ni.” Aqila terpaksa menolak tawaran itu kerana terkenang akan kerja yang banyak ini.

“Ala Sayang please.Lagi pun abang bos kan.Dah-Dah jom kita pergi makan.” Ilham menarik tanggan isterinya dengan lembut.Aqila terpaksa ikut sahaja.

*********************************

Sedang sibuk Si suami isteri ini makan,kedengaran suatu suara yang menyapa mereka. 

“Hai?Aqila kan?” suatu jejaka berdiri di tepi mereka.kelihatan seperti jejaka itu kenal akan Aqila.

“Em iya.Saya Aqila.Kenapa iya?Encik ni siapa?” Aqila seperti pernah lihat jejaka yang berwajah manis ini tapi malang dia tidak dapat mengecamnya.

“Sayalah Kamarul Nizam.Rakan kolej awak dulu” Nizam cuba mengigatkan Aqila tentang dirinya.

“Ouhh,Nizam!Hai,Kenalkan ini my husband,Ilham.And abang ni Nizam,Kawan kolej sayang dulu.” Aqila berdiri sambil menunjuk kearah suami tersayangnya.

*********************************

Aqila sedang sibuk menyisir rambutnya di hadapan cermin di biliknya. 

“Sayang, Nizam tu kawan sayang sejak sem berapa?Rapat ke dulu?Pernah bercinta?Sayang Suka dia ke?” Ilham memberi bertalu-talu soalan kepadanya.

“Ish abang ni macam pegawai polis tengah menyoal siasat penjenayah aje.Kita orang kenal masa daftar masuk,time tu sayang tertinggal purse.Dialah yang jumpa.Dari situ sayang dengan Nizam rapat.Sayang dengan dia Cuma kawan.Sayang anggap dia kawan biasa je la.Janganlah risau.” Terang Aqila kepada Suaminya yang kuat cemburu itu.

“Betul ni? Em ok la” Ilham percaya akan kata-kata isterinya kerana dia tahu isterinya tidak akan menipunya.

“Abang,Coklat sayang abang beli tak?” Tanya Aqila.

“Ala!Abang lupa la sayang” Jawab Ilham sambil menepuk dahi.Setiap hari Aqila akan menyuruh Ilham membelikan coklat untuknya Aqila dan Syasya adalah pengemar no.1 coklat tetapi sejak Syasya menghadapi migrain yang amat teruk,dia mula mengurangkan pemakanan yang berlemak itu.

*********************************

Pagi yang cerah menyinari bilik kerja Aqila.Suasana yang amat damai dan bunyi burung-burung yang berkicauan.Tingkap dibuka sedikit oleh Aqila untuk menghirup udara yang segar.Aqila membuat kerjanya dengan penuh semangat.Setelah siap kerjanya dia berehat seketika sambil menghirup kopi kegemarannya.Sedang kusyuk Aqila menikmati kopinya, tiba-tiba telefonnya yang dia atas mejanya berrbunyi.

“Hello?Siapa ni?” Aqila tidak dapat mengenal pasti nombor telefon tersebut.

“Hai,Beb.Ini akulah Nizam.” Rupanya kawan Universiti lamanya.

“Ouh,Hai Nizam.Kenapa tiba-tiba je call aku.”Aqila agak pelik kerana sebelum ini tidak pernah pula dia menelefonnya.

“Saje je.Beb,Lunch sesama jom.” Nizam sudah lama tidak meluangkan masa dengan sahabatnya itu.

“Em okey.Amik aku dekat Ahmad Holding.” Aqila teragak-agak untuk keluar makan bersama rakannya.Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa.

*********************************

“Lama kita tak lepak sesamakan.Tahu-tahu kau dah khawin,tak sempat aku nak khawin dengan kau.em.” Nizam cuba untuk memulakan bicara.

“Eh?Macam-macam lah kau ni.Hahahaha” Aqila hanya mengangap itu hanya satu gurauan.

“Hahahahaha. So kau still tak ada anak ke?” Tiba-tiba terdetik di hati Nizam untuk bertanyakan soal cahaya mata Aqila.

“Em.tak ada maybe bukan rezeki lagi kot.Insya allah,kalau ada rezeki nanti.Kau pulak tak ada Girlfriend ke?” Aqila berasa sebak apabila bertanyakan soal cahaya mata.Dia berasa serba salah terhadap suaminya kerana dia masih tidak dapat mengandung.

“Girlfriend?Hm.Dulu ada la juga suka someone tapi sekarang dia dah jadi hak orang.” Wajah Nizam mula berubah.

“Jadi hak orang?Laa!Kau ni tulah patutnya kau lamar dia awal-awal lagi.” Aqila cuba memberi nasihat padanya.

“Memang niat macam tu.Tapi dia masih belajar masa tu.Takpe lah,Aku bahagia kalau dia bahagia dan aku yakin yang dia bahagia sekarang ni.” Air mata Nizam hampir mengalir.Wanita yang Nizam maksudkan itu adalah wanita yang berada di depannya.Nizam dapat melihat kebahagian wanita itu dari matanya.

“Hm,Kesian kau.Siapa nama perempuan tu?” Aqila ingin tahu nama akan wanita bertuah itu.

“Aqila Sofia” Nizam menyebut nama Aqila dengan nada yang amat perlahan sehinggakan Aqila tidak dapat mendengar dengan jelas.

“Hah?Apa dia Nizam?” Aqila cuba untuk bertanya padanya semula.

“eh.Tak ada apalah.” Nizam cuba untuk menukar topik.

*********************************

“Eh,Abang dah balik?Awal abang balik hari ni?” kelihatan Ilham dia hadapan pintu rumahnya.Sebelum ini Ilham tidak pernah pulang awal ke rumah.Aqila hairan akan kepulangan suaminya.

“Salah ke abang balik awal?” Ilham bertanya semula sambil menghulurkan beg kulit hitam kepada isterinya.

“ish,Abang ni.Orang tanya dia.Dia tanya orang balik” Aqila kelihatan merajuk dengan sakatan suaminya.

“Alololo.Janganlah merajuk.Abang balik awal sebab rindukan sayanglah.Nah,Jangan merajuk lagi.Okey?” Ilham memujuk isterinya sambil menghulurkan 2 bungkus Cadbury.

“Wah,Cadbury!Thanks,Abang!” Aqila mengucapkan terima kasih kemudian mencium pipi suami kesayangannya. Sambil berjalan ke arah bilik tidur mereka, Ilham bertanyakan soal tengah hari tadi.

“Tengah hari tadi,Abang nak ajak sayang lunch tapi sayang tak ada.Kawan sayang kata sayang dah keluar.Abang call sayang tak angkat.Sayang pergi mana?”. Aqila memandang kearah mata suaminya yang berwarna coklat pekat.

“Aqila em, pergi lunch dengan Nizam.Kawan U sayang yang kita jumpa dekat kedai makan hari tu.” Aqila seorang yang taat pada suaminya dan sentiasa meminta izin untuk keluar tapi dia terlupa untuk memberitahu yang dia mahu keluar makan bersama Nizam.

“Nizam.Nizam.Nizam.Sayang ni kenapa?Tahu tak sayang tu isteri abang!Kenapa keluar dengan lelaki,Tak bagitahu abang?Entah-entah,Sayang dengan Nizam ada scandal?Sayang tak pernah keluar tanpa izin abang!Sayang dah berubah.” Ilham mula berasa marah kerana isterinya keluar tanpa pengetahuannya.

“Abang,Nizam dengan sayang hanya kawan.Sayang tak ada niat nak keluar tanpa izin abang.Abang ada meeting tengah hari tadi jadi sayang ingat abang busy jadi sayang keluar lunch dengan Nizam.Maafkan sayang,abang!” Air mata Aqila mula mengalir kerana dia tidak pernah dimarahi oleh Ilham.

*********************************

Matahari mula menaik,Semua orang masih lena dibuai mimpi.Maklumlah cuti hujung minggu,tetapi Aqila sibuk menyiapkan sarapan suami tersayangnya.Selapas menyiapkan sarapan,Aqila menuju ke bilik untuk mengejutkan suaminya yang sedang lena tidur.

“Abang,Bangunlah.Dah pagi ni.Abang?” Aqila perlahan-lahan mengusap dahi suaminya.Ilham terjaga lalu memandang kewajah isterinya dan dia hanya bangun dan lalu pergi ke bilik mandi tanpa sepatah kata.

“Dia marah aku lagi ke?Cemburu?Eh tidak mungkinlah.Sebelum ni tak pernah pulak cemburu.Hm.” Hati Aqila mula bersuara kecurigaan.Aqila berlalu pergi meninggalkan bilik tidurnya.

“Eh?Abang siap-siap ni,nak pergi mana?tak nak makan ke?” Aqila menegur suaminya yang sedang menuju ke arah pintu.

“tak seleralah.” Hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Abang?Aqila nak bincangkan pasal rumah tangga kita.Abang boleh balik awal?” Ilham hanya berlalu pergi dan mengabaikan pertanyaan Aqila. Air mata Aqila mula mengalir.Hatinya bagai dicucuk dengan pedang kerana dek layanan suaminya.

*********************************

Langgit semakin gelap,Bintang-bintang mula menyinari langgit.Semua bergegas pulang untuk melelapkan mata diatas tilam dan bantal yang lembut lagi empuk tetapi Aqila masih setia menunggu Ilham di ruang tamu.Hanya air Latte yang sejuk menjadi peneman.Berpuluh-puluh kali Aqila cuba menelefon Ilham tapi masih tidak berjawab.

Jarum jam tepat menunjuk kearah 2,Pintu rumah dibuka dengan perlahan-lahan,Rupa-rupanya Ilham yang menuju masuk ke dalam rumah.Ilham memerhati sekeliling ruang tamu,Kelihatan isterinya yang ketiduran diatas sofa.Ilham kesian melihat akan keadaan isterinya,dia mengangkat isterinya dan membawa ke bilik tidur.Ilham bagai terpaku melihat wajah isterinya semasa meletakkan isterinya itu.

*********************************

“Wah cantiknya Malaysia!Banyak yang dah berubah.Rindunya nasi lemak acik jalan kampung tu.” Syasya gembira dapat pulang ke tanah air.Syasya dan Nina masih menunggu teksi di KLIA.

“Elehhh kau!Rindu nasi lemak acik tu ke rindu anak lelaki dia?” Nina menyakat rakannya.

“Ringggg!” telifon Syasya berbunyi dan terpapar nama Aqila.

“Assalamualaikum,Syasya!Kau dah sampai KL ke?” kedengaran suara Aqila yang tidak sabar untuk berjumpanya.

“Waalaikumussalam.Haih tak menyempat kau ni hahahah.Ada ni,dah sampai dah.Qila boleh kita meet?Aku nak bincang pasal cadangan kau tu.” Syasya seperti sudah tahu apakah jawapan untuk dirinya.

*********************************

“kau ingat tak dulu.kau,aku dan Ilham pernah berjanji nak jadi ukwah fillah sampai ke syurga.Nanti dekat sana kita boleh lepak sesama sampai bila-bila.Pastu kau selalu kata ‘kalau aku pergi dulu,korang doakan aku tau supaya aku masuk syurga dan sentiasa menanti korang’ setiap kali kau cakap macam tu aku selalu marah.Tak sangka Ukwah Fillah kita akan menjadi sebuah keluarga.” Air mata Syasya mula mengalir sedikit demi sedikit.

“Aku masih ingat Sya.Mungkin ada hikmah.Mungkin Allah nak permudahkan kita bertiga masuk syurga.Sya,Aku nak kau ada di sisi aku sehingga aku lelapkan mata untuk selama-lamanya” Air mata Aqila pun mengalir sambil tersenyum.

*********************************

Di Lorong Sejarah Sekolah.

Kelihatan seorang gadis berkaca mata sedang tergopoh-gopoh kerana terlambat untuk ke perjumpaan Matametik. “Bomb!” Tanpa disedari satu pelanggaran tercetus.

“Eh sorry!sa sa saya betul-betul minta maaf.Saya nak cepat ni.Bye” kata gadis itu sambil melambaikan tanggan.

“Bye?” Jejaka yang segak dan tampan itu hanya mampu tergamam tapi kalau ikutkan hati mati gadis itu di pukulnya.Kaki kanannya mula melangkah dan dia terasa seperti terpijak sesuatu.

“Natasya Melisya?” Dengan laju jejaka itu memusingkan 180 darjah badannya .Malang sekali tiada kelibat gadis itu.

“haish,minah ni.Dah la langgar aku lepas tu nametag pulak terjatuh.Pikir sweet.” Runggut hatinya.

*********************************

Di Kantin Sekolah

“Ringgggg!”Lonceng sudah berbunyi menandakan tiba lah masa untuk pelajar Tingkatan 1 menjamu selera di kantin sekolah.Kawasan kantin mula menjadi riuh-rendah.

“Eh!Tu bukan minah yang langgar aku ke hari tu.Lawa jugak dia ni.Aduh!Cair pakcik” Detik hati Jejaka tampan itu setelah melihat Natasya Melisya sedang sibuk berbual denganrakan karibnya.

Dengan tanpa rasa ragu-ragu,Kakinya menyusunkan langkah menuju kearah gadis itu. 

“Hai,Saya Ilham Naufal.” Suara kasarnya menusuk ke telinga Natasya Melisya.Mata gadis itu mula beralih ke arah pemilik suara garau itu.

“Aduh!Mamat yang aku langgar hari tu la.Dia nak apa ni.Bukan ke aku dah minta maaf.” Syasya mula hairan dengan kehadirannya.

“Hai,Sa sa saya Nata...”

“Natasya Melisyakan?” Belum sempat Syasya menjawab jejaka itu sudah memotong.

“hah,betullah tu” Bertambah hairan la Syasya.Muka Syasya mula berubah.

“Ouhh..Btw ini nametag awakkan?terjatuh hari tu.Time awak langgar saya tu.” Sambil menghulurkan nametagnya.Sejak dari pelanggaran itu la, 

Syasya dan Ilham mula rapat.Kerana keakrapan mereka,Aqila juga turut menjadi akrab dengan Ilham.

*********************************

“Wah,Cantiknya kawan baik aku ni!” Pujian kali ini ikhlas dari hati Nina setelah melihat rakannya sedang sibuk di solek.

“Kau pun cantik.lepas ni mesti kau pulak kahwin sebab jadi pengapit aku.Baru orang perasan bertapa cantiknya rakan aku ini” Sempat lagi Syasya menyakat rakannya yang sedang duduk di penjuru katil.

*********************************

“Aku terima nikahnya Natasya Melisya dengan mas khawinnya 200 ringgit tunai” Jawab Ilham sambil mengoyangkan tangan nya.

‘Sah?’

“Sah” Dengan seklali lafaz sahaja Syasya telah menjadi isteri yang sah buat Ilham.
Lalu Ilham terus memusingkan kepala 40 darjah untuk melihat isterinya yang cantik berpakaian serba putih.Senyuman manis menyambut pandangnya.

Setelah semuanya sibuk melayan tetamu yang hadir tiba-tiba Aqila rebah ke lantai.Keadaan tadinya bising penuh keriuhan kini bertukar sepi dan panik.

***********************************

Di Hospital,
Seorang doktor yang tampan dan segak keluar dari bilik rawatan.Ilham meluru ke arah doktor dengan muka yang cemas.

“Doc, Macam mana dengan isteri saya?Dia okey?Doc,Please lah cakap dia okey!”

“Maafkan saya.Isteri Encik tidak dapat diselamatkan.Barah pada otaknya semakin teruk dan menyebabkan beberapa bahagian rosak dengan teruk.”
Lutut Ilham bagaikan tercabut mendengar kata-kata doktor sebentar tadi.Syasya datang menghampiri Ilham dan cuba menenagkannya.

‘kalau aku pergi dulu,korang doakan aku tau supaya aku masuk syurga dan sentiasa menanti korang’ Kata-kata Aqila semasa mereka kecil bagaikan  terniang-niang di telinga mereka.


--------------------------TAMAT------------------------

No comments:

Post a Comment